Profil

Low Huey Theng

Pengasas Firma


Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Aberystwyth
  • Ijazah Sarjana Undang-Undang, Universiti BPP, London
  • Barrister-at-Law, Lincoln’s Inn
  • Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya

Huey Theng merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Aberystwyth, Wales pada tahun 2011. Huey Theng juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dalam Peraturan dan Pematuhan Kewangan (“Financial Regulation and Compliance”) dari Universiti BPP, London pada tahun 2012. Selanjutnya, beliau mengikuti Kursus Latihan Profesional Bar (“BPTC”) di Universiti Nottingham Trent dan beliau dipanggil ke Bar dan diakui sebagai ahli di The Honourable Society of Lincoln's Inn, yang mana layak sebagai Barrister-at-Law pada tahun 2013. Setelah tamat menjalani latihan dalam kamar di Shearn Delamore & Co., beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2014. Sejak itu, beliau memulakan kerjaya dengan mengamal sebagai peguam dan sentiasa berada dalam praktik yang aktif.

Sebelum menubuhkan firma guaman ini, Huey Theng mengamal di sebuah firma guaman jenayah yang terkenal, Tetuan Sivananthan dan beliau telah dinaikkan pangkat sebagai peguam senior pada tahun 2018. Huey Theng mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan kes-kes jenayah termasuk kesalahan dadah, jenayah komersil, tuduhan rasuah, kesalahan umum di bawah Kanun Keseksaan dan lain-lain lagi. Selain daripada mewakili klien di semua peringkat Mahkamah Malaysia, Huey Theng juga memberi perkhidmatan nasihat guaman berkenaan dengan undang-undang jenayah kepada individu dan/atau badan-badan korporat tempatan dan antarabangsa.

Huey Theng sentiasa bersedia menerima cabaran untuk memajukan dan meningkat kemampuan diri sendiri. Oleh yang demikian, tidak kira apa masalah yang dihadapi, beliau akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menyelesaikan setiap situasi yang dihadapi dan untuk menyelesaikan masalah undang-undang bagi pihak klien. Kesungguhan beliau untuk menolong orang lain dan menerapkan pengetahuannya telah mendorong beliau untuk mengubah minatnya terhadap undang-undang kepada kerjaya. Keupayaannya untuk menangani komunikasi interpersonal yang baik membolehkan orang di sekelilingnya berasa selesa dan yakin dengan kehadirannya. Huey Theng bekerja dengan hati yang ikhlas kerana beliau percaya bahawa “Anda hanya dapat benar-benar mencapai sesuatu yang anda cintai”. Ini mendorongnya untuk meneruskan peranannya sebagai seorang peguam sepenuh hati dengan kesungguhan, dedikasi dan minat.

Huey Theng fasih dalam tiga bahasa, beliau boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Selain itu, beliau juga fasih bertutur dalam Hokkien dan Kantonis.

English
中文